Usrah

...pesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran...

Google

Friday, July 29, 2005

Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan!




PERHATIAN SEMUA!!!
Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE.

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................

Jolly Shandy now comes in a great new packaging that is energetic and youthful looking. Along with the original Lemon flavour, Jolly Shandy has also introduced a brand new Orange flavour. Both the Lemon and Orange flavours pack a tangy great taste as well as added Vitamin C for that refreshing feeling.

Jolly Shandy is the perfect drink for today's young and trendy who live a lifestyle by the adage 'Refreshingly Different'. Jolly Shandy Lemon & Orange flavours are available in 320ml cans nationwide.

Colour
-- Golden yellow
Alcohol Content
-- Less than 1%
Pack Size
-- Can 320ml

sila rujuk http://www.carlsberg.com.my

Thursday, July 28, 2005

Iman

Oleh Al-Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna

Iman yang benar ialah Iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan, seperti bersih daripada syirik khafi dan riya’. Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwa, menggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-seolah hadir di hadapan mata, memenuhkan jiwa dengan peranan tenang, tabah dan tetap pendirian, memudahkan mereka yang mempunyai Iman seperti ini bekorban apa sahaja demi Jalan Allah SWT, menambahkan pergantungan, kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah SWT.

Apabila pengertian Iman seperti ini memenuhi hati seseorang muslim, jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kepada Allah SWT. Ibadah dan Iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan yang meresap di seluruh pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi hati seseorang Muslim. Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah muslim, sinar yang dapat dilihat oleh orang-orang yang beriman sekali pun kulit muslim itu hitam atau sawo matang. Manakala di akhirat pula kemanisan Iman ini akan dapat dirasakan lebih manis daripada madu.

Sebahagian daripada tanda-tanda lahir kemanisan Iman ialah kecintaan seseorang mu’min untuk melakukan ibadah, merasa selesa dan tenang melakukannya serta merasa rindu dan lapang dada melakukannya. Janganlah kita merasa pelik dan menganggap perkara ini hanyalah khayalan semata-mata kerana Iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh Ruh sebagaimana lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Hadith Rasulullah S.A.W. yang mulia telah menyebut:

/Jika terdapat perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan Iman: beliau mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu (kepentingan) tetapi hanyalah kerana Allah.”

Iman ada kemanisan. Kemanisan tersebut akan bertambah apabila Iman bertambah kuat dan termeteri.

Sebahagian daripada Iman yang benar dan ibadat yang sah ialah Allah SWT akan mencampakkan ilham dan lintasan ke dalam hati mu’min. Ilham dan lintasan hati akan menyuluh jalan orang-orang yang beriman, menolong dalam menyelesaikan permasalahan dan menolong mencari kebenaran.

Kasyaf adalah juga sebahagian daripada kesan Iamn yang benar. Kasyaf yang dimaksudkan di sini ialah Allah SWT membukakan tabir yang melindungi sebahagian daripada perkara-perkara yang tersembunyi atau ghaib. termasuk juga dalam pengertian kasyaf ini ialah mengetahui bisikan hati, niat dan kelemahan sesetengah manusia dengan Izin Allah SWT. Kasyaf seperti dikenali sebagai Firasat Mu’min. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Takutlah Firasat orang-orang Mu’min, seseungguhnya ia melihat
dengan Nur Allah.”

Dalam satu Athar (kejadian atau kisah yang berlaku pada zaman sahabat) dikisahkan bahawa Sayyidina Othman Bin Affan RA telah berkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya, “Salah seorang di kalangan kamu yang masuk, sedangkan kesan zina jelas kelihatan di antara dua matanya.” Lantas di kalangan yang hadir itu bertanya, “Adakah wahyu turun selepas Rasulullah SAW, wahai Amir al-Mu’minin?” Soalan ini dijawab oleh beliau dengan katanya, “Tidak, malah ia adalah firasat orang mu’min”. Kesan zina yang dilihat oleh Sayyidina Othman ialah kesan daripada melihat perkara yang haram, kerana dalan Hadith Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa mata itu berzina dan zina mata ialah melihat perkara yang haram.

Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasuk dalam perkara-perkara yang thabit dan pernah berlaku. Kadangkala perkara ini disebut Karamah. Karamah adalah satu kebenaran yang mesti diterima, diakui dan wajib diimani, tetapi tidak harus dijadikan dalil terhadap hukum hakam, kerana dalil hukum hakam hanyalah terbatas pada al-Quran, as-Sunnah dan ceraiannya. Walaupun demikian ilham dan sebagainya bolehlah dianggap sebagai penunjuk jalan untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu, mengetahui perkara-prkara yang bersangkutan dengan urusan hidup; mana yang harus dilakukan atau ditinggalkan.

Sebahagian daripada mimpi-mimpi adalah benar dan sebahagian besarnya adalah karut. Mimpi seseorang yang benar-benar beriman pada ghalibnyaadalah benar, jelas dan memerlukan ta’bir...

Urus rumah tangga bertambah mudah jika suami isteri muafakat

DARIPADA Abu Hurairah, katanya, Saidatina Fatimah meminta kepada Nabi Muhammad SAW seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab Rasulullah: “Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Menurut ajaran Islam, seorang wanita tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah keluarga. Tujuannya supaya isteri itu dapat mencurahkan sepenuh perhatian kepada urusan rumah tangga, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka.

Dalam sebuah hadis: Rasulullah bersabda: “Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumah tangga suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu pun, tuntutan semasa memerlukan isteri juga keluar rumah berganding bahu mencari nafkah untuk membantu suami menyara keluarga.

Tugas sebagai isteri, ibu dan pekerja tidak dinafikan mengundang rasa penat dan keletihan.

Berikutan itu, ramai antara isteri yang bekerja menginginkan pembantu rumah untuk menolong mereka menguruskan rumah tangga.

Masalah ini sebenarnya tidak hanya boleh diselesaikan dengan adanya pembantu rumah semata-mata.

Keadaan ini dapat diatasi jika suami mempunyai sikap yang memahami keadaan isterinya, tentu tidak berat tulang memberikan kerjasama, menolong serta bertolak-ansur dalam meringankan tugas isteri di rumah.

Keadaan itu bukan saja dapat menyelesaikan masalah rumah tangga daripada berlaku pergaduhan dan sebagainya, malah secara tidak langsung dapat menumbuhkan dan meningkatkan lagi perasaan cinta serta kasih dan sayang antara suami isteri. Mereka dapat menerima dan mengorbankan kepentingan diri.

Isteri juga dianjurkan mengamalkan petua yang diajarkan oleh Rasulullah seperti dalam hadis di atas. Hal ini kerana dengan menyebut nama Allah dengan berzikir kepadanya, jiwa akan tenang, hilang keserabutan dan keletihan.

Pandangan Semula kepada Strategi 'Amal Islami

Menurut Mujahid Fathi Yakan, tiga faktor penentu yang memungkinkan kejayaan 'amal Islami ialah:

1- Matlamat yang jelas dan terang.

2- Jalan atau wasilah yang jelas dan terang.

3- Iltizam dengan kedua-duanya, iaitu matlamat dan jalan.

Matlamat 'Amal Islami

Kejelasan terhadap matlamat 'amal Islami dapat menggerakkan daya serta tenaga yang besar bagi para 'amilin 'amal Islami. Bahkan ia dapat mengawasi tenaga-tenaga tersebut daripada disiasiakan pada perkara-perkara sampingan atau masalah-masalah luar yang tidak ada kaitan secara langsung mau pun tidak langsung dengan matlamat asas 'amal Islami.

Matlamat asas 'amal Islami ialah menta`abidkan/mengembalikan manusia, samada sebagai individu mau pun masyarakat, supaya menjadi hamba hanya sanya kepada Rabb mereka, Allah swt. Ini bererti mengembalikan 'ubudiyah mereka kepada Allah di masjid dalam solah mereka dan begitu juga di pasar-pasar dalam jual beli mereka. Mengembalikan 'ubudiyah mereka hanya sanya kepada Allah dalam puasa mereka yang sepatutnya begitu juga 'ubudiyah mereka dalam melaksanakan pemerintahan', dalam do'a mereka dan begitu juga sepatutnya dalam perundangan dan kehakiman mereka.

Ringkasnya, mengembalikan 'ubudiyah manusia kepada Allah bermaksud supaya semua kepatuhan dan ketaatan mereka hanya sanya kepada Allah dalam semua urusan kehidupan mereka. Tidak ada perbezaan pada kepatuhan mereka samada dalam urusan agama mau pun dalam urusan dunia, samada di dalam masjid mau pun di luar masjid, semasa Ramadhan mau pun selepas Ramadhan. Apabila kita memisahkan urusan deen dan urusan dunia itulah sekular. Sekularisma ditegakkan di atas dasar pemisahan antara deen dan daulah, memisahkan antara agama dan negara.

Oleh itu menta`abidkan manusia hanya sanya kepada Allah bererti mengajak mereka menolak manhaj rekaan manusia yang memperhambakan manusia kepada thoghut. Sikap memperkudakan manusia supaya tunduk kepada sistem yang lain dari sistem Allah dalam manhaj-manhaj batil yang dikuasai thogut merupakan pencabulan terhadap hak-hak Alah; hak 'ubudiyah dan hak hakimiyah (memerintah) Allah swt.

إن الحكم إلا
لله (الأنعام:57)

"/Sesungguhnya hak menghukum dan memerintah itu hanya /milik Allah."

Sedekah untuk ahli keluarga dapat lebih banyak pahala

UMAT Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya.

Selepas itu, kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain.

Hal ini diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini." (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad)

Dalam hal sama, daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda:
"Bersedekahlah kamu!”

Seorang lelaki (yang hadir) berkata: "Saya ada satu dinar."

Baginda menjawab: "Sedekahkanlah wang itu kepada dirimu sendiri."

Orang itu berkata: "Saya ada satu dinar lagi."

Baginda menjawab: "Sedekahkanlah wang itu kepada isteri mu."

Orang itu berkata: "Saya ada satu dinar lagi."

Baginda menjawab: "Sedekahkanlah wang itu kepada anakmu."

Orang itu berkata: "Saya ada satu dinar lagi."

Baginda menjawab: "Sedekahkanlah wang itu kepada orang gajimu."

Orang itu berkata: "Saya ada satu dinar lagi."

Baginda menjawab: "Engkau lebih mengetahui (akan orang yang patut engkau berikan)." (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis di atas, jelas ada keutamaan kepada siapa sedekah itu perlu diberikan. Nabi Muhammad ketika ditanya mengenai bersedekah kepada kaum kerabat menerangkan: "Orang (yang bersedekah kepada kerabatnya) itu mendapat dua pahala: pahala hubungan - silaturahim dengan kerabatnya dan pahala sedekah itu sendiri."

Hadis di atas diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta al-Nasa'i dan at-Tirmizi.

Maksud lafaz kedua-duanya seperti berikut: "Bersedekahlah kepada orang miskin: (adalah ia) satu sedekah yang berpahala dan sedekah yang diberikan kepada kerabat mendapat dua pahala: Pahala bersedekah dan pahala hubungan silaturahim dengan kerabatnya.”

Dalam hadis lain daripada Abu Mas'ud al-Ansari daripada Nabi Muhammad sabda Baginda: "Sesungguhnya orang Islam itu apabila dia memberi nafkah dengan sesuatu kepada keluarganya, sedangkan dia memberikannya dengan tujuan mematuhi perintah Allah dan mengharapkan pahalanya nescaya pemberiannya itu menjadi sedekah (yang berpahala) baginya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara itu diterangkan lebih lanjut dalam hadis daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda: "Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar lagi yang engkau belanjakan pada memerdekakan seorang hamba abdi, satu dinar lagi yang engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar lagi engkau belanjakan kepada keluargamu, (maka) yang lebih besar pahalanya adalah yang engkau belanjakan kepada keluargamu." (Hadis sahih riwayat Muslim)

Dalam huraiannya Imam Nawawi berkata, hadis itu menggalakkan memberi nafkah kepada keluarga sendiri dan menerangkan pahalanya.

Hal itu kerana antara mereka ada yang diwajibkan nafkahnya disebabkan pertalian kerabat. Ada pula yang disunatkan nafkahnya sebagai sedekah dan untuk menghubungkan silaturahim. Malah, ada juga antaranya yang diwajibkan nafkahnya dengan sebab pertalian nikah kahwin.

Semua itu amalan baik yang sangat digalakkan, bahkan lebih afdal daripada sedekah sunat yang diberikan dengan sukarela (kepada orang lain).

Wednesday, July 06, 2005

Satu Penerbangan...

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara...........

1. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran
dan Al-Hadith

2. Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah

3. Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, ianya
atas kesudian Pencipta kita

4. Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton

5. Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana

6. Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam

7. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillallah'

8. Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain

9. Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan

10. Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi
tanah perkuburan

11. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 7 kaki dalam
gelita

12. Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke
destinasi yang diidamkan

13. Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

14. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh

15. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam

*Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..

*Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

* Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang

+ Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada
masanya

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu

Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh!
dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'

Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Sendiri mau ingatlah.................

Monday, July 04, 2005

Menjenguk Orang Sakit

Keutamaan Menjenguk Orang Sakit:

Dari Ali radhiyallahu 'anhu, ia berkata: ”saya mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wassallam bersabda: “setiap muslim yang menjenguk sesama muslim pada waktu pagi, maka ia akan dimintakan rahmat oleh 70 ribu malaikat sampai waktu sore. Dan apabila ia menjenguknya pada waktu sore, maka ia akan dimintakan rahmat oleh 70 ribu malaikat sampai waktu pagi, serta ia mendapat jaminan buah-buahan yang siap dimakan di dalam surga.” (HR. Tirmidzi)

Etika orang yang berkunjung (menjenguk):

1. Hendaknya tidak lama di dalam berkunjung, dan mencari waktu yang tepat untuk berkunjung, dan hendaknya tidak menyusahkan si sakit, bahkan berupaya untuk menghibur dan membahagiakannya.

2. Hendaknya mendekat kepada si sakit dan menanyakan keadaan dan penyakit yang dirasakannya, seperti mengatakan: “Bagaimana kamu rasakan keadaanmu?” Sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah shollallahu 'alaihi wassallam .

3. Mendo`akan semoga cepat sembuh, dibelaskasihi Allah, selamat dan disehatkan. Ibnu Abbas htelah meriwayatkan bahwasanya Nabi shollallahu 'alaihi wassallam apabila beliau menjenguk orang sakit, mengucapkan:

“Tidak apa-apa. Sehat (bersih) insya Allah”. (HR. Al-Bukhari). Dan berdo`a tiga kali sebagaimana dilakukan oleh Nabi shollallahu 'alaihi wassallam .

4. Mengusap si sakit dengan tangan kanannya, dan berdo`a:

“wahai Allah Tuhan bagi manusia, Hilangkanlah kesengsaraan (penyakitnya), sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit”. (Muttafaq’alaih).

“Tidaklah seorang hamba Muslim mengunjungi orang sakit yang belum datang ajalnya, lalu membaca sebanyak tujuh kali:

“Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai arasy yang agung, agar menyembuhkan penyakitmu” kecuali ia pasti disembuhkan, (HR. At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 2/210 dan Shahihul Jami’ 5/180)

5. Mengingatkan si sakit untuk bersabar atas taqdir Allah subhanahu wa ta'ala dan jangan mengatakan “tidak akan cepat sembuh”, dan hendaknya tidak mengharap-kan kematiannya sekalipun penyakitnya sudah kronis.

6. Hendaknya mentalkinkan (menuntun bacaan pada orang yang akan meninggal) kalimat Syahadat bila ajalnya akan tiba, memejamkan kedua matanya dan mendo`akannya. Rasulullah shollallahu 'alaihi wassallam telah bersabda: “Talkinilah orang yang akan meninggal di antara kamu “La ilaha illallah”. (HR. Muslim)


Untuk orang yang sakit:

1. Hendaknya segera bertobat dan bersungguh-sungguh beramal shalih.

2. Berbaik sangka kepada Allah, dan selalu mengingat bahwa ia sesungguhnya adalah makhluk yang lemah di antara makhluk Allah lainnya, dan bahwa sesungguhnya Allah subhanahu wa ta'ala tidak membutuhkan untuk menyiksanya dan tidak membutuhkan ketaatannya.

3. Hendaknya cepat meminta kehalalan atas kezhaliman-kezhaliman yang dilakukan olehnya, dan segera membayar/menunaikan hak-hak dan kewajiban kepada pemiliknya, dan menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.

4. Memperbanyak dzikir kepada Allah, membaca Al-Qur’an dan beristighfar (minta ampun).

5. Mengharap pahala dari Allah dari musibah (penyakit) yang dideritanya, karena dengan demikian ia pasti diberi pahala. Rasulullah shollallahu 'alaihi wassallam bersabda: “Apa saja yang menimpa seorang mu’min baik berupa kesedihan, kesusahan, keletihan dan penyakit, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah meninggikan karenanya satu derajat baginya dan mengampuni kesalahannya karenanya”. (Muttafaq’alaih)

6. Berserah diri dan tawakkal kepada Allah subhanahu wa ta'ala dan berkeyakinan bahwa kesembuhan itu dari Allah, dengan tidak melupakan usaha-usaha syar`i untuk kesembuhannya, seperti berobat dari penyakitnya.

Referensi :

· Etika Kehidupan Muslim Sehari-hari, oleh Al-Qismu Al-Ilmi-Dar Al-Wathan

· Riyadhus Sholihin(terjemah), Imam Nawawi

- Hisnul Muslim (Kumpulan Doa Dalam Al-Qur'an & Al-Hadits), oleh Said Bin Ali Bin Wahf Al-Qahthani

Dunia Itu Hanya Keperluan

Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam Al-Qur'an bahwa dunia itu bukan tujuan. Mari kita simak ayat ini :

“Dan carilah ( kebahagaian ) akhirat, yang telah Allah sediakan untukmu, tapi jangan lupa bahagianmu dari kenikmatan dunia". (QS. Al Qashash : 77).

Di sini terlihat dengan jelas bahwa yang harus kita kejar adalah kebahagiaan hidup akhirat. Mengapa? Karena di sanalah kehidupan abadi. Tidak ada mati lagi setelah itu. Karenanya dalam ayat-yang lain Allah subhanahu wata’ala berfirman "winnad daarul aakhirata lahiyal hayawan" (dan sesunguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya) (QS. Al Ankabut : 64).

Lalu, apa arti kita hidup di dunia?

Dunia tempat kita mempersiapkan diri untuk akhirat. Sebagai tempat persiapan, dunia pasti akan kita tinggalkan. Ibarat terminal, kita transit di dalamnya sejenak, sampai waktu yang ditentukan, setelah itu kita tinggalkan dan melanjutkan perjalanan lagi. Bila demikian tabiat dunia, mengapa kita terlalui banyak menyita hidup kita untuk keperluan dunia? Di akui atau tidak, dari 24 jam jatah usia kita dalam sehari, bisa dikatakan hanya beberapa persen saja yang kita gunakan untuk persiapan akhirat. Selebihnya bisa dipastikan terkuras habis oleh kegiatan yang berputar-putar di sekitar dunia.

Coba kita ingat nikmat Allah subhanahu wata’ala yang tak terhingga, setiap saat mengalir dalam tubuh kita. Tapi mengapa kita lalaikan itu semua. Detakan jantung tidak pernah berhenti. Kedipan mata yang tak terhitung berapa kali dalam sehari, selalu kita nikmati. Tapi kita sengaja atau tidak selalu melupakan hal itu. Kita sering mudah berterima kasih kepada seorang yang berjasa kepada kita, sementara kepada Allah subhanahu wata’ala yang senantiasa memanja kita dengan nikmat-nikmaNya, kita sering kali memalingkan ingatan. Akibatnya kita pasti akan lupa akhirat. Dari sini dunia akan selalu menghabiskan waktu kita.

Orang-orang bijak mengatakan, bahwa dunia ini hanyalah keperluan, ibarat WC dan kamar mandi dalam sebuah rumah, ia dibangun semata sebagai keperluan. Karenanya siapapun dari penghuni rumah itu akan mendatangi WC atau kamar mandi jika perlu, setelah itu ditinggalkan. Maka sungguh sangat aneh bila ada seorang yang diam di WC sepanjang hari, dan menjadikannya sebagai tujuan utama dari dibangunnya rumah itu. Begitu juga sungguh sebenarnya sangat tidak wajar bila manusia sibuk ngurus dunia sepanjang hari dan menjadikannya sebagai tujuan hidup. Sementara akhirat dikesampingkan.

Namun kini kita memang sedang berada di sebuah zaman yang terbalik. Keperluan dijadikan tujuan dan tujuan bukan hanya dijadikan keperluan, bahkan tidak diperlukan lagi. Orang-orang yang sibuk mengurus akhirat menjadi aneh. Dan orang-orang yang sibuk mengurus dunia dibanggakan. Bahkan berperang pun dengan menghanguskan sekian jumlah manusia untuk kepentingan dunia senantiasa dilakukan. Seakan dunia segala-galanya. Keterbalikan ini juga terlihat di berbagai segi kehidupan. Laki-laki bergaya seperti wanita dan wanita bergaya seperti laki-laki. Siang di jadikan malam, dan malam dijadikan siang. Orang yang jujur dimusuhi, orang yang suka menipu dipelihara. Dan tidak sedikit orang yang tahu Ilmu agama berupaya merusak agamanya dengan khurafat dan bid’ah. Dari sini kerancuan definisi terjadi. Termasuk kerancuan definisi dunia dan akhirat. Kini orang-orang banyak yang tidak bangga jika anaknya rajin ke masjid, pandai mengaji, dan aktif di majlis taklim. Mereka bangga bila anaknya sekolah di Amerika, mempunyai gelar, menjadi bankir dan lain sebagainya. Bahkan mereka merasa pesimis terhadap masa depan anaknya jika mereka mondok di sebuah pesantren atau masuk jurusan agama di universitas tertentu. Akibatnya berduyun-duyunlah mereka menuju universitas umum yang banyak khurafat dan maksiat, dengan harapan nanti mereka akan mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Padahal semuanya itu kalau mau disadari secara mendalam, sungguh sangat tergantung kepada takdir.

Dalam sebuah perjalanan kembali dari Bogor, menuju Jakarta, di sebuah kereta api, saya bertemu dengan seorang ibu. Ibu itu dengan nada sedih dan penuh pengharapan bercerita bahwa tiga orang anaknya telah sarjana. Satunya sarjana di bidang akuntan, lainnya, di bidang komunikasi, dan satunya lagi di bidang sosiologi. Tapi sedihnya, - kata ibu itu melanjutkan ceritanya - bahwa sampai sekarang ketiga anak tersebut masih bingung mencari perkerjaan. Di sana-sini ribuan orang ngantri melamar kerja. Begitu panjangnya antrian itu, sampai berdesak-desakan, sikut-menyikut, sogok-menyogok, jilat-menjilat dan seterusnya. Sungguh dunia memang perangkap, maka makin banyak manusia yang tertipu..

Ya Ikhwan wa akhwat fillah, sadarilah wahai saudaraku, bahwa dunia itu hanyalah keperluan. Mengapa harus menghabiskan waktu sedemikian banyaknya berlebih-lebihan mengejar keperluan, sampai harus dengan saling membunuh dan berperang? Sedangkan tujuan hakiki kita lupakan. Ingatlah bahwa akhirat adalah tujuan kita yang hakiki. Jalan kita di dunia akan terbuka lempang bila kita selalu ingat tujuan hakiki kita. Wallahu a'lam

Penulis: Amir Fasihol Fath