Usrah

...pesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran...

Google

Tuesday, May 31, 2005

BERSERAH PADA REALITI.......

Assalamualaikum,

Pertamanya marilah kita mengatur syukur kepada Allah kerana dengan izinNya jua maka dapat kita menggunakan ruang BLOG ini untuk bersama berkongsi apa saja yang baik insyAllah. Saya nak ajak diri saya dan tuan/puan juga untuk melihat suatu perkara yang hari ini mungkin kita tak sedar menyerap masuk dalam diri kita. Hasilnya menyebabkan banyak benda dalam aspek kehidupan kita dipengaruhi oleh perkara ini.

Perkara yang dimaksudkan ialah mengenai suatu hakikat yang di sebut sebagai REALITI atau KENYATAAN. Sedar ataupun tidak bahawa perlakuan kita hari ini terikut-ikut dengan realiti yang ada di depan mata kita. Cara hidup kita, cara pergaulan kita, cara kita bekerja, cara kita berkeluarga malah cara kita memahami konsep kehidupan kita banyak bergantung atau dipengaruhi oleh realiti yang ada di sekitar kita. Persekitaran kita hari ini banyak menentukan halatuju hidup kita!

Hari ini kita akui kita sibuk dan banyak habiskan masa dengan kerja-kerja pejabat kerana realiti kerja kita memang menuntut semua itu dari kita. Hari ini kita akui bahawa anak-anak kita hidup berpandukan perkembangan semasa sehingga banyak nilai telah hilang dari mereka kerana realiti menuntut mereka jadi begitu. Hari ini kita melihat dan mengakui bahawa majoriti masyarakat kita serah diri dan kehidupan kepada realiti. Makanya kita jadilah manusia yang lemah, masyarakat yang lemah dan ummah yang lemah kerana kita berserah pada realiti.

Kerana realiti di hadapan kita mengongkong kita dengan riba, maka kita pun 'terpaksa' terlibat dengan riba. Kerana realiti di depan kita menghimpit kita dengan beban tugasan pejabat maka kita pun kena langsai dan lunaskan kerja pejabat hatta bawa balik ke rumah kadang-kadang. Itu setakat beberapa contoh.

Saya tersentuh hati bila seorang ulama' Said Hawwa namanya berkata......'/kamu orang mukmin usah berserah pada realiti....'/ Maknanya kita orang mukmin tidak boleh membiarkan realiti dan persekitaran membentuk halatuju hidup kita, memesongkan kefahaman kita mengenai agama Allah dan menentukan pola fikir kita.

....bersambung.