Usrah

...pesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran...

Google

Tuesday, August 02, 2005

Kaedah mengurus jenazah mati syahid

KITAB fikah menyebut syahid terbahagi dua iaitu jenis berperang dan jenis tidak berperang. Jenis mayat berperang terbahagi kepada:

(a) Syahid dunia dan akhirat

Mereka adalah orang yang mati dalam peperangan kerana menegak agama Islam dengan ikhlas tanpa berhajat untuk membolot harta rampasan dalam peperangan itu.

(b) Syahid dunia:

Mereka adalah orang yang mati dalam peperangan dengan tujuan utamanya membolot harta rampasan di samping berperang menegak agama Islam.

Jenis tidak berperang:

(c) Mereka yang mati kebakaran

(d) Mati mengejut terkena wabak

(e) Mati beranak,

(f) Mati sedang belajar dan sebagainya.

Hukum terhadap orang yang mati syahid bahagian (a) dan (b) tidaklah wajib disembahyang dan dimandikan sekalipun berada dalam hadas kecil atau besar.

Perkara itu seperti arahan Rasulullah SAW ke atas syuhada perang Uhud.

Sabda Baginda, maksudnya: "Jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak pada hari Kiamat dan tidaklah payah sembahyang ke atas jenazah mereka."

Jadi kepada mereka ini dua perkara yang wajib dikerjakan iaitu kafan dan kebumikan.

Disunatkan mengkafan mayat berkenaan bersama pakaian yang dipakai ketika mati dalam peperangan itu.

Ada pun syahid akhirat, mereka akan mendapat pahala di akhirat kelak.

Bagi golongan (c), jenazah mereka perlu dilaksanakan sebagai orang meninggal biasa dengan wajib mandi, kafan, sembahyang dan dikebumikan.

Untuk lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan janabah (berhadas besar), maka ia tidak dituntut dimandikan lagi dengan mandi janabah selepas dilaksanakan mandi mayat.

Memandikan mayat mengikut syarat mandi mayat sudah dikiira mencukupi.

Walaupun mungkin keluar dari perut mayat berkenaan sesuatu yang kotor selepas ia dimandikan atau ketika dikafankan, maka ia juga tidak dituntut dimandikan semula, tetapi memadai membersihkan kesannya benda itu.

Adakah boleh jenazah boleh ditayamumkan? Perkara ini dibenarkan dengan syarat:

  • Ketiadaan air.
  • Badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya.
  • Mayat lelaki yang mati di tempat yang terpencil sedang di tempat kematiannya tidak ada melainkan golongan perempuan saja (yang bukan muhrimnya).
  • Mayat seorang perempuan yang tidak ada di tempat matinya melainkan kaum lelaki saja (yang bukan muhrimnya).

1 Comments:

At 11:15 AM, Blogger Unknown said...

Pembetulan bukan mahram.. Muhrim tu org yg sedang ihram mngerjakan haji atau umrah.

 

Post a Comment

<< Home